Neon

Wednesday, June 10, 2009

Kesan Pemanasan Global



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni kurang sihat. Mungkin juga disebabkan oleh cuaca yang tidak menentu. Sekejap panas terik, sekejap hujan lebat. Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja.

Memang kalau demam sukar untuk nak menumpukan pada kerja, hidung yang tidak selesa menganggu sistem pernafasan. Sukar untuk menghirup oksigen apabila hingus telah bersarang dalam hidung. Sakit tekak menambah lagi derita. Huk Huk..



Hadis Ibnu Umar r.a:
Dari Nabi s.a.w baginda bersabda: Demam itu berasal dari didihan Neraka Jahanam. Oleh itu, sejukkanlah demam itu dengan air
*http://hadith.al-islam.com/Bayan/Display.asp?ID=1272&Lang=mal


Pagi tadi melawat doc dan menerima bebelan berkenaan kurangnya minum air di site dan pemanasan global. Tapi gegendang telinga tak mampu menangkap bait-bait perkataan mungkin kerana seleseme dan sakit tekak. Beredar dari klinik selepas ubat, MC dan resit diambil dan terus ke kedai makan untuk sarapan. Nak makan ubat. Dah naik hotel sure lupa nak makan. Hehehe..



Antibiotik harap2 habis...

Doa2 kan supaya cepat sembuh dan lebih produktif. Peace V(^_*)