Neon

Sunday, July 5, 2009

Kerja untuk wang @ kepuasan?



Lama juga aku kat bintulu ni. Menghambakan diri di site tanpa henti 24/7 dan hanya sehari MC sebab demam ari tu. Mungkin boleh masuk Discovery Channel 'Extreme Engineering' kerana 3 projek major overhaul dijalankan serentak. 4 gas turbine, 2 compressor, 2 steam turbine dan berpuluh2 lagi rotating equipment di overhaul oleh geng2 REMACO dan GE. 1 gas turbine telah beroperasi dengan jayannya tanpa sebarang masalah besar dan sekarang menjana wang yang banyak untuk PETRONAS. Hahaha...



Sekarang tinggal module 6 untuk commisioning dan hand over kepada PETRONAS. Kerja2 mekanikal sudah selesai tinggal kerja2 instrument untuk touch up, clear alarm, dan calibration. GTG 94030 Major Inspection baru 5 hari dan work progress agak memberansangkan walaupun kekurangan tenaga kerja pada hari pertama sehingga hari ketiga disebabkan separuh dari members standby untuk GT Hitachi commisioning. Kerja2 instrument di GTG agak banyak berbanding dengan GT Hitachi kerana GT Hitachi adalah mesin lama sebab ada punch tahun 1980 di bleed valve. Jadi, hanya bahagian2 yang penting sahaja diletakkan instrument.



Rasa lama sangat kat sini. Bila boleh balik ni... Huuuuuuuuuu..

No comments: