Neon

Tuesday, April 14, 2009

Wonder Pet



Wonder pet Wonder pet Wonder pet..
kami tak kuat kami tak besar
tp bila bekerjasama semua jadi mudah..
yeaaaa.. Wonder pet..
\(^_^)/
Ape yang penting???
Keeeerjesameeeeee..

Hari ni team Wonder pet selamat kn anak anjing di Eiffel tower. Angin kencang tapi berkat kerjasama semua jadi mudah.. Yeaaaaa.. Wonder pet. \(^_^)/

Hari ni melawat pakcik di Sri Kota Medical Centre. Kena tahan wad sebab Demam Denggi la, kesian aku tengok melepek je atas katil tu. Balik2 outstation je dah demam. Musim denggi sekarang ni.



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah

Pada masa kini tidak terdapat vaksin siap untuk demam denggi flavivirus.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Minum 100plus banyak2 sampai kembung, pastu asyik nak pergi toilet. Kalu tak badan akan dehydrate, suhu badan naik macam enjin radiator bocor.

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Luangkan masa 10 minit seperti yang disarankan Kementerian Kesihatan. Langkah menjaga kebersihan dan menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.
Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

1 comment:

MieSueFie said...

katun yg yong tak ske gak dia letak.. argghh.. mental...